Susu kambing mempunyai sejarahnya yang tersendiri di dalam tamadun-tamadun penting di dunia. Di bawah ini disenaraikan kisah-kisah popular berkenaan kambing dan susu kambing.
Nabi Adam a.s
Bermulanya Human civilization (tamadun manusia) Habil dan Qabil dan ianya merupakan ternakan haiwan pertama di dunia.
Nabi Ibrahim a.s
MErupakan perternakan kambing yang agung. Anjing-anjing yang bertugas menjaga kambingan sahaja berjumlah 12,000 ekor. Kalau jumlah anjing sudah sebanyak tersebut, sudah tentu jumlah kambingnya lebih banyak dari jumlah anjing tersebut. Pada zaman tersebut juga tercatat dalam sejarah berlakunya persitiwa sedekah (kambing) yang terbesar di dalam sejarah islam.
Nabi Isa a.s
Baginda juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel - bangsa Yahudi (satu bangsa yang terkenal dengan kecerdikan mereka). Sehingga hari ini, kaum Yahudi masih mengamalkan meminum susu kambing di dalam menu harian mereka.. kita? dimomokkan oleh puak-puak ini supaya meminum susu lembu untuk kesihatan.
Peristiwa Israk Mikraj
Pada peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah s.a.w telah disediakan 3 jenis minuman oleh Jibrail untuk dipilih iaitu - Arak, Madu, Susu. Baginda telah memilih susu. (Susu kambing ialah minuman terbaik didunia selepas susu ibu)
Nabi Muhammas s.a.w
Diantara minuman yanf biasa di minum oleh Baginda Rasulullah ialah Susu Kambing Segar - susu yang langsung di minum selepas diperah dari kambing (Kisah Abdullah bin Mas'ud pada masa remaja, menggembala kambing milik Uqbah Mu'aith) dipetik dari tulisan Dr. Indah Krisanti - Alhikmah.com.
Mahatma Ghandi
Tokoh sejarah India, Mahatma Gandhi pula mengamalkan meminum segelas susu kambing setiap pagi dan malam sebagai amalan hariannya. Penganut agama hindu mengamalkan mengamalkan meminum susu kambing bertujuan untuk meningkatkan daya ingatan, juga di dalam amalan perubatan mereka.
Puteri Maharaja China
Puteri-puteri pada zaman Maharaja China dahulu juga mengamalkan meminum susu kambing dan sering berendam di dalam susu kambing untuk menjaga kecantikan mereka.
Categories:





